berita rasuah bustersBongkar pencerobohan tanah kerajaan seluruh Malaysia

Bongkar pencerobohan tanah kerajaan seluruh Malaysia

SHAH ALAM – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa semua kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Malaysia mengenal pasti tanah-tanah milik kerajaan yang telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan jutaaan ringgit.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, kerajaan negeri dan PBT negeri lain wajar mengikut jejak kerajaan Pahang yang memusnahkan aktiviti pencerobohan hutan simpan kekal di Raub yang dijadikan ladang durian musang king.

“MCW desak semua pihak kenal pasti tanah kerajaan yang diceroboh tak kira untuk apa, sama ada tanam sayur-sayuran haram, buat parking haram, tempat cuci kereta haram, kilang haram, rumah haram, kebun durian haram dan segala macam aktiviti,” ujarnya kepada kru Rasuah Busters Sinar Harian pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau yakin rakyat akan berpuas hati sekiranya pesalah yang menceroboh tanah kerajaan negeri di Raub itu diheret ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang sewajarnya.

Kata Jais, pihaknya yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggunakan segala sumber yang ada untuk siasatan kes tersebut.

“Seperti yang dimaklumkan, sebanyak 80 peratus siasatan SPRM telah siap dan kami berharap agar siasatan itu dapat disimpulkan segera.

“Rakyat hendak lihat tindakan diambil terhadap mereka yang disyaki terlibat kes rasuah pencerobohan tanah itu. Itu yang realiti tanda aras yang tepat,” katanya.

Persoalan juga, katanya, kenapa selepas 20 tahun tanah tersebut diceroboh, barula aktiviti tersebut dilaporkan?

“Soal masuk tanah kerajaan secara haram bukan isu biasa, jadi elakkan jadi isu bermusim,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here