berita rasuah bustersPantau, banteras kes rasuah di semua peringkat

Pantau, banteras kes rasuah di semua peringkat

SHAH ALAM – Pihak berkuasa digesa supaya memantau dan bertindak secara proaktif ke atas semua syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri di seluruh Selangor yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) Selangor, Mohd Najwan Halimi menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di atas kebimbangan yang dizahirkan oleh baginda ekoran peningkatan kes-kes rasuah di Selangor baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik berkata, pihak berkuasa juga perlu melakukan siasatan yang melibatkan sektor perkhidmatan awam di negeri tersebut.

“Saya mengalu-alukan komitmen dan ketegasan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dinyatakan baru-baru ini.

“Sebagai sebuah negeri yang mendukung prinsip tatakelola yang baik dan berintegriti, Selangor sewajarnya mendepani usaha membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan proaktif,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Julai lalu, Sharafuddin menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat beberapa pegawai kerajaan di Selangor terlibat kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan di negeri tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Sharafuddin dukacita pegawai kerajaan Selangor terlibat rasuah

Selangor tidak kompromi isu rasuah

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan memaklumkan, baginda menegaskan mana-mana pegawai kerajaan di Selangor didapati bersalah terlibat dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Menurut beliau, Sultan Sharafuddin bertitah, mana-mana pegawai kerajaan dan ahli politik yang dikurniakan darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dan didapati melakukan kesalahan rasuah, maka kurniaan tersebut akan ditarik balik.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here