BeritaAmbil semangat, iktibar daripada filem Mat Kilau

Ambil semangat, iktibar daripada filem Mat Kilau

SHAH ALAM – Masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu perlu mengambil iktibar daripada kisah perjuangan Mat Kilau yang tidak tergoda dengan pangkat dan wang ketika menentang penjajah.

Presiden Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA), Nasim Ralim berkata, kisah Mat Kilau menjadi fenomena di negara ini berikutan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sedang popular di pawagam.

“Pada ketika Mat Kilau dan pahlawan Melayu menghadapi cabaran luaran menghalau penjajah Inggeris yang cuba mengaut keuntungan daripada hasil bumi Tanah Melayu, mereka juga terpaksa menongkah cabaran dalaman apabila dikhianati oleh tali barut British yang mengambil rasuah dan berpeluk tubuh demi keuntungan peribadi.

“Dalam usaha kita melawan rasuah dan penyelewengan, kisah Mat Kilau ini wajar menjadi iktibar anak muda,” katanya kepada kru Rasuah Busters.

Menurut Nasim, diulit rasa sedih, kecewa dan marah melihat bagaimana masyarakat Melayu ketika itu diperkotak-katikkan oleh penjajah, filem itu berjaya membakar semangat penonton yang tidak mahu perkara sama berulang di tanah air tercinta.

“Namun, adakah kita semua sedar perkara sama atau lebih buruk bakal terjadi sekiranya kita tidak membendung amalan rasuah yang berleluasa di negara ini?” soalnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy