BeritaGasma sedia jadi ejen Rasuah Busters

Gasma sedia jadi ejen Rasuah Busters

KANGAR – Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (Gasma) bersedia menjadi ejen Rasuah Busters dengan mempergiat kempen memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjauhi perbuatan rasuah.

Pegawai Tadbir Gasma, Firdaus Akbar Yacob berkata, Gasma yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) memiliki matlamat sama dengan Pasukan Rasuah Busters untuk menghapuskan budaya rasuah.

Beliau berkata, pihaknya mendapati budaya rasuah yang merupakan satu jenayah adakalanya dipandang ringan oleh segelintir masyarakat dalam negara ini.

“Sedangkan, amalan rasuah ini mampu merosakkan sistem negara.Jadi, kami ingin memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan rasuah tersebut.

“Sehubungan itu, kami menyokong usaha berterusan yang digerakkan Pasukan Rasuah Busters dengan turut sama menyemarakkan kempen antirasuah itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Tambah beliau, antara inisiatif diambil termasuklah mengedarkan plakad dan informasi berkaitan Rasuah Busters di reruai Gasma pada Program Perkampungan Sunnah Siri ke-7 di Masjid Alwi dekat sini.

“Alhamdulillah, peserta Program Perkampungan Sunnah Siri ke-7 yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat juga memberi reaksi positif dan menyambut baik usaha ini,” katanya.

Beliau berkata, antara lain Gasma turut menyediakan beberapa aktiviti termasuklah sumbangan, pemeriksaan kesihatan dan khidmat jurubahasa isyarat kepada peserta Program Perkampungan Sunnah itu.

Sebelum ini, Perlis menjadi negeri pertama menerima kunjungan Konvoi #RasuahBusters Utara dalam jelajah selama seminggu yang berakhir pada 18 Jun 2022.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy