Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan tiga kes pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM27 juta yang membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
Permohonan itu ditolak selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi Najib, 72 tahun, yang dikemukakan pada 31 Julai 2023.
Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagi perbicaraan kes tersebut.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
———————————————
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf!
25–27 Julai
9 pagi – 12 tengah malam
Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #SRC #NajibRazak #KarnivalSiangMalam