BeritaPemuda UMNO-SPRM jalin kerjasama

Pemuda UMNO-SPRM jalin kerjasama

SHAH ALAM – Bagi memastikan budaya politik berintegriti, Pemuda UMNO mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, pada Selasa.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, lawatan ke organisasi berkenaan penting bagi memastikan politik bebas rasuah dapat diterapkan sedari awal dalam kepimpinan muda.

“Lawatan ini membuka kerjasama antara Pemuda UMNO dan SPRM terutama dalam memberi pencerahan praktis bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan sebarang amalan rasuah, pecah amanah dan apa jua yang melanggar prinsip agama, integriti dan moral,” katanya menerusi catatan di Facebooknya.

Jelas Asyraf, lawatan selama dua jam itu juga bakal merangka siri-siri latihan dan pendidikan buat kepimpinan Pemuda UMNO di semua peringkat termasuk wakil rakyat Pemuda yang baharu dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk exco kerajaan negeri yang dilantik dalam kalangan Pemuda UMNO.

Turut serta dalam delegasi tiga wakil rakyat baharu dalam kalangan Pemuda UMNO iaitu Fairul Nizam Roslan Along, Hairi Md Shah dan Dr Akmal Saleh untuk bersama-sama memperhalusi pelbagai langkah bagi membudayakan politik integriti pemimpin-pemimpin muda UMNO.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy