Error: Your upload path is not valid or does not exist: /opt/bitnami/apps/wordpress/rasuahbusters/wp-content/uploads Rasuah penyakit sosial hancurkan imej negara - Rasuah Busters
More

    Rasuah penyakit sosial hancurkan imej negara

    SHAH ALAM – Budaya rasuah di Malaysia telah menjadi satu penyakit sosial yang boleh menghancurkan imej negara jika dibiarkan berterusan dan menjadi barah yang sukar diubati.

    Setiausaha Agung, Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar berkata, jenayah rasuah menyebabkan ramai yang sanggup menjual prinsip, maruah dan harga diri.

    “Mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) pada 2020 mendapati Malaysia jatuh dari kedudukan 51 kepada 57.

    “Walaupun kejatuhan tersebut ekoran beberapa laporan dan akses maklumat terhadap kes berprofil tinggi yang menyebabkan persepsi terhadap budaya kita meningkat namun ia tetap terus membusung dalam kehidupan kita.

    “Antara petanda gejala rasuah telah menjadi satu budaya dalam masyarakat adalah sekiranya tomahan, salah guna kuasa dan penyelewengan semakin banyak dalam sesebuah organisasi,” katanya kepada Sinar Harian.

    Mengulas lanjut, Mohd Hafiz Ali berkata, keistimewaan yang diberikan kepada syarikat atau individu menyebabkan pemusatan kuasa dan budaya kronisme dalam sesuatu keputusan.

    Jelas beliau, akan ada orang tengah meminta upah secara terang-terangan, pembekal dipaksa membayar komisen dan birokrasi semakin meruncing.

    “Banyak perkara tidak dapat dilaksanakan dengan baik akibat rasuah dan lebih malang lagi, sebahagian besar golongan muda terdedah dengannya.

    “Budaya rasuah perlu dibanteras supaya ia tidak merosakkan generasi muda yang akan menentukan masa depan negara,” ujarnya.

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here