Error: Your upload path is not valid or does not exist: /opt/bitnami/apps/wordpress/rasuahbusters/wp-content/uploads Silibus didik jenayah rasuah di sekolah - Rasuah Busters
More

    Silibus didik jenayah rasuah di sekolah

    SHAH ALAM – Golongan muda perlu diterapkan tentang kepentingan integriti dan tidak menilai orang berdasarkan jawatan, wang atau status dalam masyarakat.

    Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari berkata, nilai-nilai penting itu perlu diterapkan kepada golongan muda.

    Beliau pada masa yang sama turut bersetuju perlunya ada satu silibus yang mendidik golongan muda tentang jijiknya rasuah di sekolah.

    “Mungkin kita tidak guna perkataan rasuah tetapi kita guna perkataan-perkataan seperti keikhlasan, bersangka baik dengan orang lain atau terapkan nilai-nilai murni pada anak-anak kecil kita,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters: Rasuah Rampas Masa Hadapan Anak Muda yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Rabu.

    Turut menjadi panel, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin dan artis yang penyampai radio, Fizie Roslan manakala Amin Idris bertindak selaku moderator.

    Mengulas lanjut, Aira bagaimanapun berkata, beliau mempunyai sedikit kebimbangan sekiranya dibuat silibus yang mengajar golongan muda tentang jijiknya rasuah itu.

    “Berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa kita di sekolah dahulu, benda pertama yang kita tanya guru tentang topik yang masuk dalam peperiksaan.

    “Kita takut pelajar kita ini dia bukan terapkan untuk menjadi nilai tetapi dia hafal hanya untuk menjawab peperiksaan. Ini masalah juga. Saya rasa kita mungkin kena sedikit kreatif dalam menerapkan nilai-nilai ini dalam jiwa anak-anak kita,” ujarnya.

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here