BeritaTiada istilah 'tebuk atap' kerana tiada siapa menang PRU15

Tiada istilah ‘tebuk atap’ kerana tiada siapa menang PRU15

BERITA SEMASA 9 JANUARI 2024

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, jika berlaku pertukaran kerajaan dalam masa terdekat, pembentukan kerajaan baharu diterajui Perikatan Nasional itu tidak boleh digelar kerajaan ‘tebuk atap’ atau ‘tebuk dinding’.

Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ini kerana Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak pernah mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen melalui koalisi parti tunggal, sebaliknya sekadar dianggap sebagai kerajaan minoriti yang membentuk kerajaan campuran.

Berikutan itu, katanya, sekiranya langkah pertukaran kerajaan menjadi realiti, pembentukan kerajaan baharu kelak wajar dianggap sebagai perubahan biasa yang tidak melanggar titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa koalisi pembangkang sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk mengambil alih pentadbiran negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643343/berita/politik/tiada-istilah-tebuk-atap-kerana-tiada-siapa-menang-pru15

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PerikatanNasional #KerajaanPerpaduan #KerajaanTebukAtap

 

​ 

Terkini

Artikel Berkaitan