BeritaWujudkan pemantau projek elak korupsi: Patriot

Wujudkan pemantau projek elak korupsi: Patriot

Gambar hiasan.
SHAH ALAM – Sebarang projek yang dijalankan oleh pihak kerajaan perlu dipantau oleh satu jawatankuasa pemantau bagi mengelakkan terjerumus campur tangan pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

Naib Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Mohd Anuar Osman berkata, jawatankuasa pemantau tersebut mesti dianggotai wakil atau kementerian yang berkaitan dengan projek berkenaan serta pihak yang tidak mempunyai kepentingan terhadapnya.

Oleh demikian menurutnya, pihak kerajaan sewajarnya menggubal satu akta yang dipanggil 'akta perolehan kerajaan' agarsetiap tawaran kerja atau tender melalui pemantauan melibatkan pihak berkenaan agar kecenderungan korupsi dapat dielakkan.

“Pihak kerajaan juga tidak seharusnya menyerahkan tugasan seperti pemantauan, mentakrif dan menilai kemajuan projek kepada seorang arkitek, jurutera atau juruteknik sahaja.

“Ia tidak munasabah dan mengundang berlakunya kecurangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa terdapat syarikat bernama Alizes Marine Limited terlibat dalam menjadi jururunding dan pembekal alat gantian kepada projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) serta dimiliki oleh seorang individu bernama Zainab Mohd Salleh yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Menurut beliau, syarikat tersebut dikhabarkan menjadi tempat penyelewengan wang bagi projek kapal tersebut.

Mengulas lanjut mengenai hal tersebut, Mohd Anuar menambah, bagi setiap projek yang dijalankan, ia harus ditakrif dan dinilai oleh pihak yang berkecuali sebelum membuat apa-apa bayaran.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy