berita rasuah bustersPelajar kurang didedah bahaya rasuah

Pelajar kurang didedah bahaya rasuah

SHAH ALAM – Kesedaran pelajar sekolah rendah dan menengah berhubung budaya rasuah masih lagi berada di tahap yang membimbangkan.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, kebanyakan pelajar di sekolah kurang didedahkan mengenai bahaya rasuah meskipun sudah ada subjek Pendidikan Sivik dan Moral.

Beliau berkata, guru-guru di sekolah tidak menyentuh dengan begitu meluas perkara berkenaan kerana mereka lebih memfokuskan kepada subjek teras.

“Jadi, ini merupakan satu kelompongan yang perlu ditangani oleh guru bagi memastikan pelajar menyedari bahawa rasuah adalah satu barah masyarakat malah turut memberi ancaman buat negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, elemen mengenai bahaya rasuah wajar dimasukkan ke dalam semua subjek kurikulum.

“Sebagai contoh, kalau belajar subjek Pendidikan Islam, mereka diajar mengenai nilai integriti dan juga hukum sekiranya terlibat dengan rasuah,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerjasama antara Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan wadah terbaik untuk memastikan nilai-nilai seperti membenci rasuah dipupuk dalam generasi muda.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here