berita rasuah bustersPengamal rasuah pengkhianat negara

Pengamal rasuah pengkhianat negara

KOTA BHARU – Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sudah mengarahkan ahli-ahli parti itu untuk bersama-sama menyokong kempen Rasuah Busters dengan mengadakan pelbagai tindakan di peringkat kawasan, negeri dan nasional.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia, Shahir Adnan berkata, Ikatan juga bimbang, gelisah dan sedih dengan gejala rasuah yang berlaku di negara ini lebih-lebih lagi terhadap masa depan anak-anak muda yang berada dalam kereputan sistem nilai, integriti dan tadbir urus yang buruk.

“Ikatan tidak mahu melihat negara terpalit dengan barah korupsi dan rasuah. Penggiat dan pengamal korupsi dan rasuah adalah golongan pengkhianat serta petualang kepada kedaulatan negara dan kesucian agama.

“Penyebab utama kepada segala kelemahan dan kacau-bilau kepada sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh perebutan kuasa, perebutan kekayaan, ketamakan dan pengkhianatan. Ia melibatkan korupsi dan rasuah di semua peringkat dan melarat hingga ke peringkat pemimpin,” katanya baru-baru ini.

Beliau berkata, di sebalik ketaksuban mengejar kemajuan, kerajaan tidak boleh meletakkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai perkara yang boleh dikompromikan.

Menurutnya, rakyat sedar terlalu banyak kecelaruan, ketidakadilan serta penyelewengan di dalam negara ketika ini.

Malah, katanya, sudah tiba masanya kerajaan, rakyat serta parti-parti politik menunjukkan kesungguhan serta komitmen bersama untuk mencegah dan membasmi rasuah dan penyelewengan.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here