berita rasuah bustersPerangi rasuah bukan acara bermusim

Perangi rasuah bukan acara bermusim

SEREMBAN – Usaha memerangi rasuah perlu dijadikan sebagai salah satu rutin harian dan bukannya acara bermusim.

Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Siow Koi Voon berkata, menerima dan memberi rasuah merupakan perbuatan jijik yang boleh merosakkan akhlak seseorang.

Beliau berkata, sesebuah negara maju boleh jatuh dalam masa singkat sekiranya amalan rasuah tidak ditangani dengan baik.

Menurutnya, begitu juga dengan keperibadian seseorang juga boleh rosak sekiranya terlibat dengan perbuatan rasuah.

“Contohnya ada negara luar yang kaya dengan isi alam, tetapi tidak membangun. Rakyat mereka hidup menderita kerana mempunyai pemimpin dan orang sekeliling yang terlibat dengan rasuah.

“Kita tidak mahu perkara sebegitu terjadi di Malaysia. Kita sayangkan negara dan mahukan pemimpin adil yang boleh membawa kemajuan kepada rakyat.

“Jadi, perkara penting yang perlu dijaga ialah sikap iaitu jangan sesekali terima atau menawarkan sesuatu berunsurkan rasuah kerana itu boleh merosakkan segala-galanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Koi Voon berkata, amalan rasuah boleh ditangani sekiranya semua pihak merasakan perkara itu adalah salah dan tidak bermoral.

Bagaimanapun katanya, disebabkan kurang kesedaran dan didikan mengenai bahayanya rasuah, maka ia dijalankan pula sebagai budaya masyarakat.

“Sebaiknya kita tangani bersama masalah rasuah ini. Jangan sesekali biarkan pemberi dan penerima rasuah itu hidup selesa dalam keadaan mewah. Tindakan undang-undang dan hukuman yang berat perlu dilaksanakan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak terlibat dengan rasuah.

“Jika bukan sekarang bila lagi kita mahu bersihkan negara dengan amalan jijik ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kempen Rasuah Busters yang dibawa akhbar Sinar Harian diharap dapat dilaksanakan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here