berita rasuah bustersGerakan Rasuah Busters amat diperlukan: Suaram

Gerakan Rasuah Busters amat diperlukan: Suaram

SHAH ALAM – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan gerakan Rasuah Busters inisiatif Sinar Harian adalah usaha yang baik dan sesuatu yang amat diperlukan bagi membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, usaha membanteras rasuah memerlukan kegigihan dan keberanian.

“Kerana kebanyakan operasi hanya tertumpu pada ikan bilis tapi malangnya, banyak jerung yang terlepas.

“Contohnya kes-kes dadah selalunya yang ditangkap adalah kumpulan bawahan atau tengah manakala yang di atas selalunya terlepas kerana rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Sevan, sekiranya usaha pembongkaran terputus separuh jalan, apa yang penting adalah usaha untuk mencari punca rantaian rasuah itu.

Beliau berkata, koloboratif antara Rasuah Busters dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah banyak bekerja ke arah membanteras rasuah adalah kombinasi terbaik yang perlu disokong oleh semua pihak.

“Rasuah dalam kalangan penguat kuasa adalah antara yang tertinggi. Banyak kes-kes penting tidak diselesaikan sehingga sekarang kerana adanya penyelewengan.

“Jadi, perlu diberi tumpuan kepada kes-kes seperti ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar diwujudkan satu jaringan yang kuat agar jika Rasuah Busters ini ditekan, akan ada sistem sokongan yang mempertahankannya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here