berita rasuah bustersNelayan Vietnam rasuah polis ditahan SPRM

Nelayan Vietnam rasuah polis ditahan SPRM

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan tekong dan awak-awak bot nelayan warga Vietnam yang didakwa cuba merasuah anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Mersing pada Ahad.

SPRM Johor dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua suspek berusia 38 dan 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 pagi di Pejabat SPRM Cawangan Kluang.

“Tangkapan dibuat susulan siasatan mendapati kedua-dua suspek memberi wang rasuah berjumlah RM3,000 kepada anggota PPM Wilayah Dua di Mersing.

“Tindakan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 15 Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menangkap gamat di perairan Malaysia secara haram,”katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here