berita rasuah bustersPastikan nelayan darat tidak terjebak rasuah

Pastikan nelayan darat tidak terjebak rasuah

IPOH – Persatuan Nelayan Ikan Air Tawar (Peniat) akan berusaha memastikan ahli mereka yang terdiri daripada nelayan darat tidak terlibat dengan rasuah.

Yang Dipertuanya, Sairul Nizam Mohamad Salleh berkata, biarpun nelayan darat di kawasan sekitar Sungai Galah, Kampung Galah tidak pernah berdepan situasi diugut atau diberikan suapan tertentu, namun pihaknya tetap berwaspada.

Menurutnya, kegiatan rasuah yang berlaku di negara ini merupakan masalah yang boleh merosakkan sistem ekonomi dan sosial.

“Pada pandangan saya, keadaan rasuah di negara ini tidak terlalu kritikal namun tetap memberi kesan kepada semua sektor.

“Gejala rasuah berlaku disebabkan kurangnya pendidikan agama, gopoh melakukan sesuatu tindakan dan tamak dalam mengaut keuntungan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sairul Nizam berkata, di peringkat Peniat, pihaknya akan berusaha menerapkan nilai-nilai baik dalam kalangan ahli supaya mereka menolak rasuah.

Katanya, akhlak dan peribadi ahli akan cuba dikawal dengan panduan agama supaya gejala rasuah tidak membarah dalam komuniti.

Menurut beliau, dalam usaha mengawal gejala rasuah ini, undang-undang sedia ada sudah mencukupi namun penguatkuasaan harus lebih dipertingkatkan lagi.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here