Pendirian Gapan jelas tolak rasuah

0
350

SHAH ALAM – Rasuah mampu meruntuhkan kegemilangan negara dan menjadikan rakyat porak-peranda serta menghancurkan institusi kekeluargaan.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Anak-Anak Negeri (Gapan), Datuk Muzamir Mustafa berkata, rasuah merupakan perbuatan yang sukar dibendung dan terus berlaku dalam masyarakat.

Justeru katanya, fasa ‘pembersihan’ perlu untuk menghapuskan rasuah daripada terus menular.

“Susah untuk menghapuskan rasuah kerana ia sudah membarah tetapi jika dilakukan fasa pembersihan daripada peringkat akar umbi, saya yakin negara kita akan bebas rasuah,” katanya kepada Sinar Ahad.

Muzamir berkata, satu modul mengenai rasuah perlu dimasukkan dalam subjek pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

“Belum ada lagi modul yang menerangkan mengenai rasuah secara terperinci, berbeza dengan tajuk seperti riba.

“Kita mahu hidup dalam sebuah negara bebas rasuah dan untuk merealisasikannya memerlukan penglibatan ramai pihak antaranya golongan agamawan. Perlu ada golongan agamawan yang menjadi ikon dalam memerangi rasuah, boleh bercakap mengenai kewangan dan memenangi hati anak kecil sehingga orang dewasa,” kata beliau.

Muzamir berkata, Gapan menyokong usaha Sinar Harian melaksanakan kempen Rasuah Busters dalam membanteras gejala rasuah di negara ini.

“Pendirian Gapan jelas dalam rasuah di mana ‘we say no to rasuah’ kerana itulah kami bekerjasama dengan Rasuah Busters untuk memerangi rasuah secara habis-habisan.

“Rasuah Busters satu platform yang baik sebagai satu kumpulan pendesak tetapi lebih baik jika dapat menarik penglibatan orang awam seolah-olah mereka ada keahlian dalam kempen ini,” katanya.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here