berita rasuah bustersRasuah Busters adalah gerakan rakyat muak dengan rasuah

Rasuah Busters adalah gerakan rakyat muak dengan rasuah

SHAH ALAM – Rasuah Busters adalah gerakan daripada majoriti rakyat yang muak dengan jenayah rasuah sehingga menyebabkan segelintir masyarakat menjadi ‘miskin’.

Ketua Pegawai Eksekutif Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, rasuah memberi kesan kepada ekonomi dan kebajikan rakyat.

Malah sebagai Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), beliau juga mengambil langkah membanteras gejala itu dalam syarikat.

“Saya sering tekankan kepada kakitangan supaya segala tindakan kita memberi manfaat kepada majoriti rakyat dan bukannya golongan tertentu sahaja,” katanya yang merupakan salah seorang anggota Pasukan Teras #RasuahBusters.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Pasukan Teras #RasuahBusters yang dianggotai seramai 15 profesional terdiri daripada pelbagai latar belakang di Kompleks Karangkraf di sini pada Isnin.

Rasuah Busters merupakan gerakan daripada rakyat untuk membanteras amalan rasuah dan tidak berunsurkan politik walaupun Rais Hussin pernah melibatkan diri dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau menganggotai Pasukan Teras #RasuahBusters atas kapasiti sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Emir Research yang akan bertindak menjalankan pelbagai kajian mengenai rasuah menerusi pasukan tersebut.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here