Syor slot khas untuk skuad Rasuah Busters

0
348

KUALA LUMPUR – Semua kesatuan di Malaysia disyor menyediakan satu slot penerangan dan pendedahan mengenai bahaya rasuah kepada pasukan Rasuah Busters sebelum mesyuarat termasuk mesyuarat agung berlangsung.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, slot khas itu perlu bagi menunjukkan solidariti dan sokongan kepada pasukan itu berusaha memerangi rasuah yang semakin parah.

Beliau berkata, slot penerangan khusus mengenai rasuah itu secara tidak langsung berupaya memberi kesedaran kepada ahli yang menghadiri mesyuarat mengenai bahaya gejala tidak sihat berkenaan.

“Rata-rata ahli kita (kesatuan) di seluruh Malaysia dengar apa itu rasuah tetapi untuk mengatasi dan mendapatkan maklumat yang betul (kekang rasuah), tidak boleh.

“Hendak panggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin sukar (bagi memberi penerangan mengenai rasuah setiap kali mesyuarat).

“Jadi, kita berikan peluang kepada pasukan Rasuah Busters yang sememangnya diketahui fokus memerangi rasuah, menyampaikan penerangan secara mudah untuk difahami oleh ahli kesatuan,” katanya di sini pada Khamis.

Tambahnya, beliau akan terus menyokong pasukan Rasuah Busters dalam memastikan usaha membanteras gejala berkenaan dilaksanakan sebaiknya.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here