MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)

0
261

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memudahcara taklimat dan perbincangan berkenaan dengan gerakan Rasuah Busters bersama badan gabungan MBM dan beberapa Ngo jemputan.

Seramai 40 pemimpin belia utama negara pelbagai kaum dan agama termasuk daripada Sabah dan Sarawak bersolidariti menyertai taklimat yang diadakan secara dalam talian sekaligus menyatakan keprihatinan, ikrar dan komitmen untuk membasmi rasuah mengikut lokaliti dan kemampuan masing-masing.

Sesungguhnya gerakan dan kempen Rasuah Busters yang berpaksikan dan berteraskan nilai ini penting bagi mendidik belia dan masyarakat untuk jijik dan menolak rasuah sekeras-kerasnya. Ia juga berorietasikan gerakan sosial bagi membangkitkan kesedaran berterusan belia dan masyarakat untuk melihat masa depan Negara yang lebih maju dan bebas rasuah.

Untuk itu, MBM telah mengkoordinasikan penubuhan gabungan secara bersahaja (loose coalition) Belia Rasuah Busters bagi mendokong kempen dan gerakan Rasuah Busters. Kelompok belia merupakan teras masa depan Negara dan gerakan ini adalah untuk generasi masa depan negara.

Senarai NGO Belia Rasuah Busters:

  1. Majlis Belia India Malaysia (MIYC)
  2. Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM)
  3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  4. Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP)
  5. Pemuda Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
  6. Gabungan Belia Sikh Malaysia (GBSM)
  7. Majlis Belia Felcra Malaysia (MBFEM)
  8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
  9. Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP)
  10. Gerakan Belia 4B Malaysia (4B)
  11. Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS)
  12. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
  13. Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM)
  14. Briged Negaraku
  15. Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK)
  16. Majlis Belia Selangor (MBS)
  17. Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM)
  18. Nastia Youth Club (Nastia)
  19. Persekutuan Pengakap Malaysia (Pengakap)
  20. Junior Chamber International Malaysia (JCIM)
  21. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
  22. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  23. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
  24. Majlis Belia Sabah (MBS)
  25. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima)
  26. Majlis Belia Negeri Kelantan (MBN Kelantan)
  27. Ikram Muda Malaysia
  28. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  29. Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM)
  30. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBTM)
  31. Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
  32. St.John Ambulans Malaysia (SJAM)
  33. Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT)
  34. Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)
  35. Pertubuhan Gerakan Revolusi Anak Malaysia (G3RAM)
  36. Pertubuhan Pemuda Gema (GEMA)
  37. Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Pemuda Isma)
  38. Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina)
  39. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni)
  40. Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO)
  41. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  42. Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ)
  43. Majlis Belia Negeri Perak (MBNP)
  44. SSEAYP International Malaysia (KABESA)
  45. Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM)
  46. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP)

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here