Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos.
Manakala Dewan Negara pula bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.
Persidangan tersebut dikatakan bertujuan memberi penerangan kepada semua ahli Parlimen berkenaan Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan serta peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen.